RSC

Thursday, March 19, 2009

TIPS MACAM MANA NAK BUAT BOS TAK MARAH WALAUPUN KITA RASA DAH BUAT SALAH

Okeh seperti yang dijanjikan semalam... kini rahsia paling hebat telah terbongkar --TIPS MACAM MANA NAK BUAT BOS TAK MARAH WALAUPUN KITA RASA DAH BUAT SALAH!


Mungkin tips-tips berikut boleh dijadikan panduan untuk anda melembutkan hati bos anda atau bakal bos anda ;)


1. Apabila anda terserempak dengan bos anda semasa menjejakkan kaki di pintu ofis tatkala jam menunjukkan jam 9.30 pagi, tunjukkan keyakinan diri yang tinggi dan jangan senyum tersengih-sengih kerana bos akan bertambah marah melihat senyuman anda itu. Wajah yang penuh keyakinan memebuatkan bos yakin anda bukan sengaja lambat tetapi telah tidur lewat menyiapkan kerja-kerja ofis dirumah sehingga lewat malam tanpa menuntut o/t walaupun sebenarnya anda tidur lewat gara-gara berchatting dan berblogging atau sibuk membungkus pesanan pelanggan di lovelyaustere


##langkah 2 hanya boleh dibuat jika anda yakin. jika tidak terus ke nombor 3.


2. seterusnya beramah mesra dengan bos sambil memberitahu bahawa anda terserempak dengan isterinya semalam di mydin semasa anda membeli barang-barang dapur sambil memuji betapa isteri beliau kelihatan lebih langsing dari sebelumnya(boleh cakap kalau anda wanita sahaja). Awas sekiranya:

i. anda wanita, dan bos anda seorang wanita, jangan pulak anda kata jumpa suami nya semalam semasa anda pergi minum di Nailis dan mengatakan suami beliau kelihatan lebih hensem. Maka, sia-sia saja. Anda akan terus di pecat! (walaupun benar sila zip mulut anda)

ii. anda seorang lelaki dan bos anda seorang lelaki, jangan pulak kata anda kata jumpa isteri nya semalam dan si dia kelihatan masih mengancam seperti anak dara lagaknya. ni confirm anda tak sempat masuk ofis, terus bos halau keluar.


3. terus ke tempat/cubical anda dan segara on kan pc/laptop. ambil dokumen dan terus selak seperti anda bersungguh-sungguh bekerja.


4. print kan dokumen yang anda sudah siapkan petang semalam sebagai back-up untuk anda print pagi ni seolah-olah anda sibuk. (pastikan setiap petang sebelum pulang anda ada bahan untuk di print keesokkan pagi. barulah nampak macam banyak kerja pagi-pagi tu)


5. Mengadap pc/laptop dengan wajah bersungguh. sesekali kerutkan dahi tanda anda cuba memahami isi kandungan kerja anda, walaupun sebenarnya anda tengah men-download lagu dari pc/laptop anda sambil melihat gambar anda yang di tag rakan semasa ke party ulang tahun teman wanita rakan anda malam tadi di facebook.


6. Sekiranya anda makan tengahari bersama bos, bincangkan perkembangan projek anda supaya bos yakin anda seorang yang komited terhadap tugas. Bila bos dah start cerita lain maka anda layan kan je.


7. Kalau bos datang ke tempat anda tanya "Eh Rina, dokumen kontrak macam mana, dah siap?" dengan penuh yakin anda menjawab "Eh dah siap. tunggu maklumat dari konsultan lain yang nak masuk dalam ni, lepas tu boleh terus bind" (walaupun anda pun tak pasti kontrak tu yang mana satu)


8. lalu depan bilik bos sekurang-kurangnya dua kali sehari, supaya bos nampak anda sedang print dokumen atau fax dokumen kepada klien. makanya anda memang buat kerja. tak curi tulang. (hello jangan la curi tulang, daging isi sekali curi. tulang je tak kenyang. haha)


9. Bayar duit kelab dengan konsisten. kalau bayar untuk bulan depan terus lagi baik. Baru nampak macam kita sayang syarikat. Bila meeting boleh la bangga sikit.


10. Lebih baik lagi jika anda anak bos, anak saudara bos, adik ipar bos, adik-beradik bos atau sepupu sepapat bos, maka anda tidak perlukan tips-tips di atas. SELAMAT MENCUBA!


Rina: kalau bos saya baca, maaf ye. ni gurauan semata-mata. saya tak pernah buat kat ofis camni. tak caya tanya kecik, napi, sha, dya, manap. weh, back-up weh. kita kan teamwork! haha;)

8 comments:

ynadona said...

weh riri tipu..ni mesti riri apply kat opis ni..tuhla malam2 chatting tak hingat.kita buzz pun nampak x nampak...hahahahah ~kita fitnah ke?kita tuduh je ni~

NedDy said...

wakaka...lawak gler2...hadoiii pecah perut tol baca entry nih..

"Rina: kalau bos saya baca, maaf ye. ni gurauan semata-mata. saya tak pernah buat kat ofis camni. tak caya tanya kecik, napi, sha, dya, manap. weh, back-up weh. kita kan teamwork! haha;) "


ni pling best...haha.

riri said...

ynadona - owh tak baik tau. haha


neddy - saya pasti awak termasuk dlm kategori no 10. hati2. mungkin tips ini diamalkan oleh staff-staff anda. awas! jangan tertipu;p

| KUNYIT a.k.a EUS | said...

hah!!! bercakap atas PENGALAMAN.. ekekeke... segalanyer pernah BERLAKU.

Wawan said...

bleh pecaye ke bos kau? hm..heh

riri said...

Rina dari lahir dah jumpa bos. hehe. cuma share info dengan orang lain;)

azwinomar said...

best tips2 kamu!! kene cuba lah mngu dpn ;p

TQ kak riri

saifulafzan said...

haha..best tip nie..

buleh diguna pakai

hahahahaha