RSC

Monday, March 9, 2009

SENDIRI

Salam readers,



Semalam, oh pagi tadi Rina tido lepas subuh dan pukul 9pg dah celik mata dah. nak tido tapi nampaknya mata tak nak pulak. hati saya sakit. semalaman Rina berperang, berperang dengan perasaan sendiri.



Biarlah Rina ceritakan apa yang jadi semalam. Mungkin entry kali ni agak panjang. Rina nak meluahkan isi hati yang tak mampu diucapkan.



Siapa yang rapat dengan Rina tentu tau Rina dah lama berkawan dengan seseorang ni. Walaupun sekarang hubungan tu dah tak macam dulu, tapi kami still rapat. Berkawan.


Dia terlalu istimewa. sukar nak dinyatakan dengan perasaan. Dah macam-macam yang dia buat untuk Rina. Terlalu banya budi yang dah diberi. Terlalu baik melayan kerenah dan perangai Rina yang Rina tak pasti ada tak lagi orang yang sanggup buat macam tu. Rina ni teliti, cerewet, tapi dia tetap sabar mengikut segala kerenah diri ni.



Menyingkap kembali saat perkenalan, dia adalah antara kawan terawal Rina di Uni. Sungguh sedikit pun hati tak terdetik untuk kenal lebih rapat waktu tu. Tapi bila tengok kesungguhan dia, Rina terima. Kami berkawan dan kongsi suka duka. Family Rina kenal dia dan Rina pun kenal baik dengan family dia.



Masa Rina tension, takut nak dekat periksa, dialah yang banyak bagi kata-kata semangat. Temankan Rina study walaupun dia tak suka pegi library, dia ikut jugak(walaupun kadang-kadang tertido teman Rina) Kesian u. Terima kasih! He is special. Bila Rina ada masalah dan tak nak cerita, dia tetap sabar tunggu sampai Rina sedia nak cerita. Dia jugaklah yang banyak bagi panduan dan membimbing Rina. Kejutkan Rina waktu subuh. Kadang-kadang Rina kejut dia kalau dia tido lambat sebab tengok bola. Sampai berpuluh miscall kadang-kadang. Sebab tak bangun-bangun jugak. hihi. Indah. Sangat indah zaman tu. Takde apa yang nak difikirkan. sama-sama ada matlamat yang sama untuk berjaya dalam pelajaran. Saling memberi semangat dan mengingatkan. Siapa yang banyak memberi, itu bukan persoalan. yang penting masing-masing berada pada landasan yang betul. mengejar matlamat yang mula-mula dipegang sebelum melangkah ke Uni.



Alhamdulillah, kami berjaya. Berjaya dengan segulung ijazah! tapi malangnya perjalanan selepas tu banyak berubah. Siapa yang betul atau salah tak timbul. Cuma kami dah tak serasi. Segala yang dibincang berakhir dengan perbalahan. Sesungguhnya kita cuma merancang. Perkenalan selama hampir lima tahun bukan kayu ukuran yang menjamin apa-apa. masing-masing dah punya matlamat berbeza.



Tapi kesungguhan dia untuk berbaik semula buat Rina akur untuk terima. Untuk keberapa kali pun Rina dah tak ingat. Susah bak bagitau, walaupun macam-macam yang dah terjadi Rina masih nak bagi peluang tu. Mungkin kerana Rina setia. Masih mengharap pada hubungan yang tak pasti. Tapi bila hati mula nak terima, dia berubah untuk kesekian kali.



Tapi gamba semalam yang Rina nampak betul-betul buat Rina terduduk. Ya Allah, you have go too far. Far from what i have think. And now i know your term of - i need space... I need time for myself.. I want to find myself.. If that is the path u choose to find yourself, i cant do anything. Rina cuma mampu doakan awak kembali menjadi lelaki yang Rina kenal dulu.



Buat masa sekarang, Rina cuma nak dekat diri dengan Allah. Mencari saki-baki kekuatan diri yang dah hilang.



11 comments:

D.A.M.S.E.L said...

be strong. i always be u side. if ada pape text me or kita leh hang out.k.

take care. i know u kuat darling.

xoxo.
damsel.85

n a d e a said...

wah.. layout baru. comel!

hurm.. xpe la rina.. biasa la tu.. once da kje semua org boleh berubah.. sabar byk2 n doa byk2 ok..
;)

elyna said...

be strong....
x semesti nyer dier untuk kite..
n insyaALLAH dier untuk kite..
doa byk2..

n benda2 mcm ni..
adakala nyer kite perlu redha..

sEhA OweN said...

erm...bace cite riri ni mcm ade persamaan dgn kite jek...hehe
saba yek...
mungkin ade hikmahnye...

=)

ALieN310 said...

sabar je la ye...
pape hal cari aku...

NedDy said...

sabar k my suwet fwen..
kagum dgn prinsip u.

.BUNGA. said...

rina-though i know nothing about this,tp i harap u dapat buat yg terbaik,fikir yg terbaik untuk diri sendiri... be selfish,dear-dont think about others...Allah knows everything-you go gurl... ;)

riri said...

thank u darling!
thank u sebab sebab mengingatkan Rina . Semua ni buatkan Rina jadi lebih kuat. Rina doakan, korang tak alami dugaan yang berat mcm ni. Doakan Rina dapat cari kekuatan diri ni.

ღ♥..myboo..♥ღ said...

mmm..sm2..kte sm
b strong okei dear..riri kuat syg..sbb tu riri dipilih untuk 'jumpe' bnd2 gni..
doa byk2..kuatkan ati k..
insyaALLAH segalanye okei..

wande-ful said...

owh my..

i truly feel u babe...

you two will make such a great couple...but what to do...

along the way...people changes..they just change!

Just remember, everything happen for a REASON. lets just wait about what ALLAH has arrange for you...

you will find the serenity that you always seek...soon...keep on praying dear..

riri said...

boo - tak la kuat mane. kadang-kadang tersungkur jugak boo.. thanks.

melin - thank u melin! sad*sad* people change, yes! even i am not sure if i am d one changed, that makes things change? huhu