RSC

Thursday, March 12, 2009

REPOST 2007

salam,



Tadi secara tak sengaja Rina terbukak blog lama dalam fs. itu pun sebab ada sorang hamba Allah ni dia mesej Rina pasal entry tuh. huhu. tak sangka ada yang baca kisah-kisah Rina yang entah apa ni. Rina pun baca entry tu balik. Waktu tulis ni tahun 2007 dalam bulan Julai.



Keadaan Rina agak tak terurus masa tu. Masa tu kat Uni duduk hostel. Masalah ni melanda masa baru bukak semester. Terperap je dalam bilik beberapa hari tak buat apa langsung! Bila geram, tulis blog sambil air mata mengalir. lepas tu tido balik. Bangun semata-mata untuk mandi, solat. Makan pun sekali sekali je. Tingkap bilik pun tak bukak. Cuma sesekali Mimi datang dia tolong bukak kan tingkap. Masa tu apa jadi kat luar pun Rina tak tau. Bergerak pun cuma ke tandas.



Kalau kenangkan balik memang sedih. Tapi mujur ada kawan yang setia masa susah senang macam Mimi dan Jun. Diorang yang beria belikan makanan Rina. Sesekali datang bilik menjenguk tanya kabar. Walaupun masa tu sepatah yang diorang tanya, sepatah Rina jawab tapi masih setia menunggu dalam bilik. Bila tak tau nak cakap apa dah, Rina baring kat katil, tarik selimut, tido. Lepas tu Mimi pun keluar, tutup lampu dan kuncikan pintu bilik. Terharu sangat!



Hati terdetik. sekarang ni, situasi yang sama berulang. cuma bezanya Rina dah kerja dan ada kat rumah. Kesibukan kerja buat Rina tak sempat fikir pasal benda lain. Tapi bila balik rumah mula lah semuanya menjengah ke minda. Ibu pun macam faham je situasi Rina ni walaupun Rina tak pernah cerita semua pada ibu. terima kasih ibu!



--haiiiiii Rina.. Rina.. kau memang tak pernah serik bermain api yang kadang-kadang membakar diri sendiri.


----------------------------------------------------------------------


JULAI 2007...


cinta yg penipu!!


titis air hujan menyebabkan aku sedikit emosi. lately ni hari2 hujan.. agaknya hujan nak temankan aku melalui hari2 yg kecewa ni.. org dulu2 kata cinta tu madu, cinta tu racun.. skarang aku rasa mmg betul apa yg org cakap tu. hidup aku agak tunggang langgang akhir2 ni! semua nya sebab cinta. cinta yg x pasti mana hujung pangkalnya. tp cinta tu la jugak yg aku kejar. cinta tu jgk yg aku harapkan. sampai aku tersungkur jatuh mengejar cinta.. mmg cinta tu buta dan cinta dah berjaya membutakan hati aku!


Kalau korang prasan banyak sgt lagu2 cinta..aku slalu tak percaya dgn lagu-lagu cinta tu sbb aku tertanya2 ada ke insan yg mcm tu? mengagungkan cinta dan org yg dicintai.. tapi setiap kali aku tertanya, aku akan yakin kan diri yg mmg ada insan yg mcm ni.. mcm org yg aku cinta sekarang. tapi aku mmg salah!!! mana ada org macam tu sebenarnya..


Cinta lah yg bagi aku harapan utk teruskan hidup. hidup dgn kegembiraan. tidur lena yg dihiasi mimpi-mimpi indah. angankan masa depan bahagia dgn orang yg dicintai. tapi sekelip mata cinta tu boleh pergi..membawa pergi bersama harapan, angan, mimpi indah.. dan akhirnya takde apa-apa yg tinggal dengan aku sekarang..


Cinta mmg rumit... cuma hati yang merasa... cuma hati yang faham...


"i’ve meet love. i’ve keep it. i’ve treat it with devotion. i’ve cared for it. i know it loves me too. but it’s just happen to slipped out of my hand…where it goes??"


Ni la situasi aku sekarang..aku jaga cinta yg aku bina, aku setia pd cinta, aku bg sepenuh perhatian, aku curahkan sepenuh kasih sayang.. tapi aku pun tak tau mana silapnya. cinta tu pergi jua.. mungkin aku yang salah. tak tau macam mana nak jaga cinta tu..


Buat teman2 yg sentiasa memberi sokongan & nasihat..terima kasih x terhingga~


Buat cinta ku..pergilah kalau ia bukan utk ku..

------------------------------------------------------------------------


luff,
riririna



7 comments:

Nini Marini said...

salam kak rina sayang,

akak,jangan sedih² ye.nini yang jauh ni turut tersentuh baca tulisan lama akak tu.ditambah dengan lagu yang akak tengah pasangkan ni.

akak,kita kenal dah lama kan.since in frenster.akak tahu kisah silam nini.*walaupun mungkin tak sepenuhnya*.dan nini juga tahu apa yang telah berlaku pada akak.walaupun akak tak cakapkan.tak perlu akak beritahu,nini buka frenster akak pun nini dah kesan perubahan yang ketara.akak pun mungkin terasa macamtu bila buka frenster nini kan.

akak,apa yang berlaku pada kita sama saja.kita dua² sakit sebab terpaksa melepaskan cinta.cuma yang membezakan,nini rasa akak lebih menanggung kesakitan daripada nini.

akak,jangan sedih ye.kami semua kat sini sayangkan akak.perasaan kasih sayang yang terjalin di alam maya.sangat istimewa,kerana tak pernah disusuli pertemuan.tapi cinta tu terus berbunga di hati.

Nini sayang akak.nini percaya Allah sedang menyusun indah hidup akak.dan akak akan bertemu yang terbaik pilihanNya.banyakkan berdoa dan berserah pada Allah yea.

sayang akak banyak².=)

riri said...

wsalam nini,

nini, terima kasih! memang betul apa nini cakap ni. akak pun perasan benda yg sama. akak tau secara tak lngsung apa yg jadi pada nini dan hubungn nini dari tulisan nini.

akak tau nini kuat. akak pun tgh cuba kumpul kekuatan tu. akak redha. terima kasih nini sayang!

memang kita tak pernah jumpa, tapi akak selalu rasa dekat dgn nini.

dan akak tau banyak perubahan dalam diri nini. ke arah yg lebih baik. akak berdoa akak pun dapat kekuatan macam nini untuk berubah. doakan akak ye nini. insyaAllah.

nini jaga diri kat sana k. akak risau keslamatsn nini. kalau nini tak update blog, akak dah mula fikir macam-macam. tapi akak percaya Dia selalu melindungi nini.

ღ♥..myboo..♥ღ said...

dear..jgn telalu pkkan sgt okei..kn syg diri sndri lebih dr sygkan owg dear..kte da merase da..nam taon tapi...mmmm..riri kn byk besaba okei..jgn pkkan sgt.cube untok lupekan..pelan2 okei..insyaALLAH boleh..riri msti boleh..bykkan bedoa..semoge DIA jadikkan riri semaken tabah.jgn sedey2 slalu..riri da kuwus da skng ni..bile terase sdey dgn pe yg belaku..ingt yg kte maseh de family..kwn2..n owg yg lebih sygkan kte..insyaALLAH sikit2 kte bleh lupekan..mmg ssh..tp kte kn cube..n kte doakan riri akn jumpe owg yg betol2 syg n hargai riri.

take care okei syg..
semoga riri semaken tabah..dan jumpe kebahagiaan tu..ingt.arini myb kte diuji untuk dptkan sesuatu yg sgt2 indah..

luv u
faiez

D.A.M.S.E.L said...

yes.time tu ko sgt down.tp aku tau ko juga tabah. aku rasa wanita ni mmg dilahirkan dgn air mata. apapun miss u. ada hikmah disebalik kejadian. aku juga pernah melalui saat perit ini mungkin kisah kita berbeza tapi hati kita tetap terguris.

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

hi dear..~
masing2 pUn kan ade cerita sedih.. masa kecik masa belajar.. sUme tU sebenarnya mengUatkan kita dan menajamkan fikiran kita sekaligUs mematangkan diri..

kita perlu kUat untuk hidUp kn dear..?

tengOklah diri riri sekarang.. sesUatu yang patut riri banggakan.. sebab tU sy yakIn riri berdiri segagah ni pUn sebab riri kUat dan percaya pada kebOlehan diri riri kan...?

kadang2 kita tatau ape orang rase.. tapi bile kita mencUba diri untuk berada ditempat dia.. kita pasti akan dapat selam apa yang dia rase... tU yang saya dapat bile mUla berblOgging last year... heheh :D

pssstt.. nak tau.. bila mUla saya beli shawls kat lOvelyaustere dan lovedeshawl..itUlah yang mengerakkan hati saya Untuk create a bLog heheh.. :D

TAKE CARE DEAR!

ALieN310 said...

rina, aku rindu time dlu2...
alangkah beshnye kalo time kte dilanda masalah or ape2 la kan, kawan sentiasa di sisi...
saat ni aku rasa mcm xde sape2 nk luah perasaan ni melainkn pd DIA...
hya DIA yg tau segala2nya & ape yg blh aku ktakan, sama2 la kte tabah...

olen said...

ermmm...
sedih la pulak kali ni ni...
riri sabar yer?/
dalam percintaan byk suka duka nyer...
begitu juga la
kehidupan kiter riri....
berdoala....
dan tabahkn ati mu...
kami semua sentiasa doakan kebahagian kamu riri...