RSC

Friday, June 13, 2008

Kisah silam


Kisah zaman kanak-kanak, akan sentiasa terpahat dalam hati ni. Bermacam perkara yang aku lalui. Tak perlulah aku mengebang kesana sini rasanya. Zaman kanak-kanak ku bukanlah sesuatu yang manis untuk aku kenang. Kenapa? Kerana aku tak mahu jika nanti aku khabarkan, ramai yang besimpati. Bukan itu yang aku harapkan!

Masa kecik dulu aku tak faham apa yang jadi. Yela, masa tu kecik lagi. Aku hidup dalam dunia ku sendiri. Tapi bila makin besar aku mula faham. Memang kalau boleh aku nak buang jauh-jauh semua memori tu. Pergilah memori. Pergi jauh dariku. Tapi apakan daya, aku tak mampu. Sungguh. Namun aku bersyukur. Kerana kenangan itu aku menjadi kuat seperti hari ini.

Aku rasa kalau fikir-fikir balik macam tak masuk dek akal. Sebab aku tak pernah ceritakan pada orang lain kisah zaman silam ku. Semua orang ingat aku hidup senang. Haha. Tak apa la. Biarla apa mereka nak fikir. Aku dah lalui. Aku dah merasainya dulu dan kalau boleh aku tak mahu lagi rasa macam dulu.

Masa sekolah dulu aku pendiam. Aku sangat pasif. Apa orang cakap aku tak berani bantah. Mungkin sebab aku kurang keyakinan diri. Ntah-ntah kehadiran aku kat sekolah pun orang tak perasaan. Tapi melangkah ke matrikulasi, aku mula belajar membina keyakinan diri. Aku menjadi seorang yang baru yang bukan aku. Jangan ditanya macam mana aku boleh jadi macam tu. Aku pun tak tahu. Pengalaman kat sekolah buat aku tak mahu ditindas lagi.

Sesiapa yang kenal aku harini pasti tak sangka macam mana aku lalui hidup aku semalam. Aku banyak berdikari. Semua benda aku usahakan sendiri kalau aku nak. Sebab aku bukan lah dari keluarga yang senang. Sampai sekarang pun aku usahakan sendiri segala benda. Taknak menyusahkan ibu dengan abah.

Dah la tu. Agaknya kalau aku cerita, tak habis sampai pagi esok. Aku bersyukur, kenangan dan pengalaman tu semua menjadikan aku lebih tabah.

Terima kasih Allah kerana memberikan aku kehidupan ini.

8 comments:

puteri juju said...

ya..kenangan dan pengalaman wat kita matang..kdg2 terpk ttg masa silam wat kita kuat ;)

saya ada disebelah kamu..walaupun xdapat tlg wang ringgit..tp sentiasa mampu tuk mendengr kata hati kalu mau berkongsi sesama..

miss u..cyg kamu laling ;)

riri said...

owh, teharuu ;)
tp msa lalu sy menjadi cntek seperti hri ni. ahahaha. pasan jek!

puteri juju said...

eheh...ya kamu cantik ;)

cahya said...

kamu mmg cantik
ksh silm kt hmpir sm myb i2 dnia knk2..ms kcik cahya pn sorg bdk y pdiam..^^

riri said...

ahaha;)
dah2 hentikan la juju ku syg.
nah amek gegule sbb puji.

owh yeke cahya,
tp skng kite pun bercakap bila perlu. i dont talk nonsense;)
weeeeeeeeeee*

kude laut said...

"semalam itu sejarah..esok itu misteri..biarlah semalm berlalu dgn hati trbuka..jdikn esok sesuatu yg mngmbirakn,mngujakan,menyeronokkn...krna hidup ini singkat ttpi penuh dgn warna..dan sentisalah 'brdoa n brsyukur kpdNYA '
:)

Anonymous said...

Alhamdulillah kak.. pengalaman menjadi suatu yg berharga buat kita.

kesusahan menjadi kn kita kebal,lebih matang dan berfikiran jauh ;) smoga akak terus berdiri dan maju kedepan~ *winksss

Farhan said...

go rina go!!..hehe