Alhamdulillah 1 Disember 2012 yang lepas Rina Salleh Clothing dah di buka di Sekyen 7 Shah Alam. Alhamdulillah syukur, dari berniaga di friendster kemudian ke blog. Masa tu pun berniaga secara suka-suka Tahun 2010 RSC beralih ke website www.rinasalleh.com mudah sikit nak uruskan lagi pun uruskan sendiri. Alhamdulillah tahun 2012 RSC muncul di alam nyata.
Seksyen 7 Shah Alam
Sebenarnya dalam perjalanan ni ramai sangat yang membantu dan bagi sokongan. MashaAllah beruntungnya Allah hadirkan orang-orang ini dalam hidup! Saya doakan mereka ini diberikan keberkatan dan bahagia hidup kerana banyak membantu. Dan selepas berkahwin tentulah suami yang banyak bagi sokongan. Kalau tak, mungkin ini pun tak jadi kenyataan.
Keratan akhbar Kosmo Ahad 16 Disember 2012
Teringat buku-buku yang pernah saya baca dan audio dari orang-orang hebat. Betapa ia banyak membantu saya untuk menjadi berani. Bukan fizikal, sebab fizikalnya saya ni kecil saja. Berani mental dan emosi. Peluang datang dalam pelbagai cara. Saya yakin ramai diluar sana yang mempunyai cita-cita untuk jalankan perniagaan sendiri tapi tak pasti bagaimana dengan 1001 persoalan. Berdoa sebab doa itu salah satu usaha. Minta Allah permudahkan jalan dan ilhamkan kepada kita peluang mana yang patut kita ambil.
RSC masih muda. Terlalu muda dan mentah. Masih kecil macam bayi yang baru lahir dan belajar mengenal dunia. Banyak lagi kena belajar dan perbaiki. Maaf kalau sepanjang berurusniaga ada salah silap, sebab di sebalik komputer ini hanya insan biasa yang banyak kekurangan.
Sekitar pembukaan RSC
Ada kelapangan dan masa jemput ke butik ya. Boleh kita beramah mesra. Staff pun Alhamdulillah ramah semuanya :)
Follow!
Instagram: rinasallehclothing
p/s: oh yang saya pakai masa opening tu Peplum Blouse dari RSC dan saya mengandung 4 bulan :)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
.












15 comments:
alhamdulillah.dari zaman frenster tgk riri bisnes.jual shawl biasa.baju2 biasa.baju preloved sampai sekarang da ada brand sendiri.berkat usha dan doa akhirnya.alhamdulillah..
semoga diluaskan lagi pintu rezeki untuk riri yang baek sgt orgnya ni;)
Tahniah Rina atas pembukaan RSC, n kita doakan semoga terus berjaya dimasa hadapan ;)
www.anastasyea.com
Tahniah Rina..kita selalu dtg blog awak..:)
congrats...saya pernah beli masa rina start jual di blog :) sampai hari ni masih simpan baju2 tu :)
congrats...
Alhamdulillah. Tahniah Kak Rina. Smg kecekalan dan ketabahan kak rina akan diwarisi anak dalam kandungan. Take care :)
Tahniah kak :)
tahniah...brg sgt santekkkk hokeh...
tahniah akak..
tahniah sis (: tak sabar nak serbu.
aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/
Alhamdulillah dear,so proud of u
hari tu dah lalu,xsempat singgah
dear can i hav ur private no?
salam.. macamana akak handle bisnes dari segi pekerja ye? u have to be strict? ke buat rilek ? saya pun baru wat bisnes.. saya tulis blog as my journey.. inspired by u!
http://iluvmoneyluvme.blogspot.com/
tahniah sis !
murah rezeki .. =)
wah bestnya ada masa nak kena pegi nih~
Post a Comment