RSC

Thursday, September 13, 2012

Kak, macam mana nak start online bisnes?

Assalamualaikum!

"Kak, macam mana nak start online bisnes?"
Soalan ni kekerapannya paling tinggi sekali dekat carta soalan terkumpul dalam inbox. Jawapan mudah saya "Nak start senang je, ada komputer, ada barang, jual!"


Tapi pun tak lah semudah tu. Mudah.com saja yang mudah. Hehe. Jadi saya terfikir untuk kongsi pengalaman yang cinonet sebesar zarah ni untuk rujukan kawan-kawan. Ini sangat umum.


Ramai pemilik online business malah peniaga-peniaga lain lain pun mula tanpa ilmu berniaga. Mula saja, terjah, cuba, jatuh, bangun, gagal hingga jumpa cara yang betul. Itu lumrah. Kalau kita merancang startegi untuk tidak jatuh dan terus ke puncak, sampai bila pun formula tu tak siap! Tapi tak bermaksud kita tak payah buat perancangan. Saya suka konsep ini: Satu bahagian perancangan dapat tingkatkan lima ke sepuluh bahagian jualan.


#SATU
Paling penting untuk kita mulakan dengan apa yang kita suka. Cara yang ni sebenarnya untuk cepatkan proses kita berjaya. Benda yang kita minat lebih mudah nak di jalankan. Kalau tak minat tapi nak buat juga, boleh. Tak ada masalah! Cuma gandakan usaha dan jangan mudah hilang fokus :)


#DUA
Kalau fokus kepada online business maka yang pertama tentukan jenis mana business ni nak dijalankan. Guna social media sebagai medium utama? Blogshop? Facebook? Jual di Instagram? atau website! Buat lah homework sikit, setiap medium ni ada follower yang berbeza tau! Mungkin ada satu yang paling best untuk jadi medium utama anda dan yang lain tu sebagai medium untuk promosi.


#TIGA
Bila dah dapat jenis business yang nak dijalankan, sekarang rangka apa strategi promosi yang paling baik. Orang muda suka approach yang hip dan funky, eksekutif lain pula, mak-mak lain, jual pinggan mangkuk lain, baju lain, tayar, basikal etc. Kuncinya kenal siapa target kita! :) Oh dalam business, promosi benda paling penting. Kalau diam saja tak ada orang tau dan cari. Melainkan kita sorang saja jual benda tu di dunia ni!


#EMPAT
"Saya dah ada online shop, saya dah puas promote. Kadang-kadang ada orang beli tapi selalunya tak. Macam mana nak buat?" 

Kalau baru setahun jagung, jangan merungut dulu. Cuba check kita promote tu dekat mana? Pada siapa? Kalau dalam setahun tu cara promote sama saja macam mana nak dapat hasil berbeza? Varietykan. Cuba promote di pelbagai medium. Buka booth kalau mampu. Kita dapat sebarkan lagi tentang business kita dari booth. Dan juga cara lain, suruh otak bekerja sikit untuk fikir. Tak boleh harap orang suap semua.
TIPS! Boleh juga guna cara offline untuk tarik mereka ke online! :)


#LIMA
Dalam business online ni, gambar dan info tentang produk/servis sangat penting! Gambar yang jelas, cantik dan kemas (bukan gambar syok sendiri) lebih meyakinkan pelanggan. Letakkan juga info sampingan lain yang mungkin penting untuk mudahkan pelanggan buat keputusan pembelian. Info yang meyakinkan! Gambar juga menentukan hala tuju business kita. Selalu saya nampak peniaga pakaian upload gambar pakaian yang nak dijual berkedut. Cuba rajin sikit untuk gosok. Kalau berkedut gambar pun jadi tak menarik, baju pun nampak tak cantik dan jelas sangat pemiliknya mim alif lam sin!


#ENAM
Cari extra selling point anda yang orang lain tak ada. Tak tahu? Ini kena cari sendiri dik. Kiranya macam kelebihan kita. Tak perlu yang besar, kadang-kadang benda kecil yang nampak remeh itu lah selling point kita! Kena cuba dulu baru tau :)


#TUJUH
Sebelum nak mulakan, tetapkan niat. Dalam Islam, niat sangat menentukan apa yang kita buat. Niat yang baik, dengan usaha, perkhidmatan baik, kesabaran, ketabahan, inshaAllah Allah permudahkan.


All ze best!


Extra: Oh ini Maria Elena sebagai cover Eternity online magazine. Style & wardrobe by yours truly. Ehem.




Back Cover



TIPS LAGI? Boleh ajukan di facebook atau email admin@rinasalleh.com.

29 comments:

Laish Closet said...

komen yg ikhlas.. betul3. sokong sgt

sara (: said...

Assalammualaikum..thanks kak rina, makin berminat saya nak menceburi dalam bidang perniagaan nieyh. Harap di hari mendatang kak rina dapat membantu kami yang masih baru.. :)

Peri PiA said...

Assalammualaikum

thanks for sharing shayang

♛ Dea Arematt ♛ said...

teringin jugak nk wat bisnes on9 ni, tp xtau mcm mna nk start.. huhu

Basyirah Abd Rahman said...

Selain itu juga, solat Dhuha merupakan salah satu sumber rezki yg diberkati. Insyaallah dengan mengamalkan solat dhuha, pasti akan terasa kelainannya.

Mr feckry said...

wa pun berminat la nak start

ctmz said...

comment yg sgt mmberi smgt pade sy.. thanxx rina..! sharing is caring right! =) syukran..

sir rashid said...

suka biz thru facebook...
agak senang nak handle

azura daud said...

thanks for sharing. saya pun baru start wat online business..info ni banyak membantu dan memberi semangat

buat buat bodoh said...

I rasa org yang makeup maria elena nie tak pandai makeup nmpk lg xlawa sedangkan maria skit punya cantik

nur shazwani shahir said...

Salam kak rina..saya ni nak kata big fan takdela tapi saya suka anything you ever wrote in twitter, share in instagram and wrote in blog. Actually before ni saya prefer to be silent but for an entrepreneur kita tak perlu segan kan? Input yang sangat berguna untuk semua ni kak. saya pun sudah setahun berniaga online dan banyak ups and down sbb saya masih belajar. bila sibuk study tak larat nak update. hehehe..
btw..penulisan kali ni akak menambahkan keyakinan saya untuk terus berusaha. kalau saya ada untung lebih nanti saya suka sangat nak shopping dengan akak.
tenkiu..=)

De2sisTERS said...

hye nice entry ! 100 agreed,well Visit http://de2sisters.blogspot.com/ for more updated peplum !

syaqirin said...

thx kak utk info yg bgune ini..bru blaja2 jual on9 via blog ni :-)

Noor Hidayah Ismail said...

thanx kak rina.onfo yg sgt2 berguna :)

nur fatehah fatehah said...

Tq sume bb bleh kongsi sgla pgetahuan..arap2 bguna pd msa akn dtg

ct mar said...

Salam.Terima kasih kak.Ilmu yang sangat berguna. :-)

ct mar said...

Salam.Terima kasih kak.Ilmu yang sangat berguna. :-)

ct mar said...

Salam.Terima kasih kak.Ilmu yang sangat berguna. :-)

ct mar said...

Salam.Terima kasih kak.Ilmu yang sangat berguna. :-)

ayuni rosli said...

Salam akk.... sy nk tanye klu nk bt business on9 nie susah x.... sbb sy nk cube bt business tp xtau bgaimane.... utk pmulaan sy nk cube dgn jual 1 produk kecantikan.....

Hanita said...

Tq, good info ni, esp untuk saya yang baru bermula .
Ada masa jom la singgah..
hanitasufia.blogspot.com

Hanita said...

Tq, very good info, esp untuk saya yang baru mula bisnes thru social media ni.
Harap dapat singgah ke blog saya :)

hanitasufia.blogspot.com

Nur Zack said...

uwaaaaaa, duit tu lagu mana pulak ?

ASMIRA MIERA said...

thanx kak info yg sgt berguna... naik smagt lg nak buat bisnes...

NorulesPageNote said...

Hi salam perkenalan dr blogger baru..

Zarra Qaseh said...

za teringin jugak nak buat perniagaan secara online ni,tapi tak tahu dari mana nak mula

Masna Closets said...

hurrmmm..tips yang sgt berguna untuk saya..tq

Zana Hassan said...

thanks for the info..sy baru strt buat bisnes onlne..tp mcm dah fedup lak..sbb ssh btl nk cari pelanggn huhu..
tpi sy usahakan lagi smp berjaya menarik hati pelnggn :)

Zana Hassan said...

trima kasih berkongsi info ni..
sy baru mula strt bisnes online..tp mmg betul2 mencabar kesabrn ssb ssh sikit nk tarik plnggn..huhu...